Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Suzana Abu Bakar

4 Dec 2017 | Staf

 

Islamic Financial Planner (IFP)
Shariah Registered Financial Planner (Shariah RFP)
Chartered Accountant (CA(M))
Universiti Utara Malaysia – Bachelor of Accountancy (Hons)

Suzana adalah Pengarah Eksekutif Kausar Wealth Management Sdn Bhd, iaitu syarikat yang khusus dalam menyediakan khidmat rundingan perancangan harta dan pusaka berlandaskan syariah di Malaysia. Instrumen pewarisan harta seperti hibah, wasiat, harta sepencarian, amanah, faraid, pewarisan perniagaan, khairat pusaka, harta amanah keluarga dan pelbagai lagi adalah antara solusi yang digunakan dalam membantu umat Islam menyempurnakan hasrat pewarisan mereka dalam masa yang sama memenuhi keperluan perundangan syariah dan sivil di Malaysia.

Suzana memulakan kerjaya di firma audit selama 4 tahun dan selepas itu di bidang perkilangan dan pembuatan selama 5 tahun sebelum mengambil keputusan untuk melibatkan diri sepenuhnya di dalam perancangan kewangan. Suzana kini telah memasuki tahun ke 14 berkecimpung di dalam industri kewangan dan mempunyai pengalaman yang luas di dalam membantu pelanggan membina kekayaan, melindungi kekayaan dan mengagihkan atau mewarisi kekayaan. Beliau memperolehi kelayakan sebagai Islamic Financial Planner (IFP) dari Islamic Banking and Financial Intitute Malaysia (IBFIM) dan Shariah Registered Financial Planner dari Malaysian Financial Planning Council (MFPC).

Suzana memberikan tumpuan kepada pewarisan harta dan pusaka kerana keperluan masyarakat Islam dalam bidang ini sangat diperlukan memandangkan umat Islam di Malaysia adalah golongan yang paling terkesan berkaitan harta pusaka. Pewarisan harta menjadi rumit apabila pemilik harta tidak merancang semasa hayatnya. Beliau telah memperkenalkan kaedah merancang pewarisan harta F.A.S.T agar perancangan pewarisan dapat dilakukan melalui kaedah yang betul dan instrumen yang tepat. Kaedah ini mengharmonikan kedua-dua system perundangan dan waris. Suzana lebih banyak memberi fokus kepada wanita dan sering mengadakan taklimat kepada pertubuha-pertubuhan wanita seperti BAKAT, PERKEP, PETRONITA, USAHANITA dan juga mengupas isu-isu wanita di dalam pewarisan harta di rancangan MHI TV3.

0 Comments