Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

3,355 PASANGAN MOHON ‘BAYI SEGERA’

17 Oct 2018 | Blog

Ekoran kes pembuangan bayi yang meningkat setiap hari, ramai pasangan yang sudi untuk mengambil bayi yang ditinggalkan di Baby Hatch untuk dijadikan anak angkat.

 

Pengurus Latihan dan Pentadbir Program Yayasan OrphanCARE, Syarhah Mohamed Tahir, mengakui mereka menerima banyak permohonan, namun hanya pasangan yang melepasi penilaian serta menepati kriteria ditetapkan akan disenarai pendek.

 

Niat mereka sangat suci. Diambil dan diijaga dari kecil sudah pasti akan menyayangi bayi itu seperti anak sendiri. akan tetapi, disini juga terdapat kegusaran dihati kami apabila apakah nasib yang bakal menimpa anak-anak angkat ini dalam kalangan ahli keluarga yang lain?

 

Apakah penerimaan yang baik diterima dalam kalangan ahli keluarga? bagaimana nasib mereka bila ibubapa angkat sudah tiada? adakah mereka dapat mewarisi sedikit harta pusaka yang ditinggalkan oleh ibubapa angkat mereka? Adakah masa depan mereka terjamin sama seperti ketika ibubapa angkat menjaga mereka?

 

Tahukah anda anak angkat tidak layak mewarisi harta pusaka? Ini termasuk anak angkat yang ber’bin’kan ayah angkatnya!

 

Harta pusaka yang boleh diwarisi oleh 3 golongan:

– Perkahwinan suami dan isteri

– Nasab, pertalian darah

– Baitulmal

 

Jika tiada perancangan pewarisan dibuat, nasib anak angkat yang disayangi seperti anak sendiri mungkin tidak pasti kedudukannya apabila kedua-dua ibubapa angkatnya meninggal dunia.

Apa-apa pon kami doakan usaha murni ni mendapat keberkatan daripadaNya dan salah satu usaha untuk pembuka rezeki yang lain. Inshaallah.

https://www.bharian.com.my/bhbongkar/2018/10/486736/3355-pasangan-mohon-bayi-segera

#hibahbukantolakfaraid

#pusakapuaka

 

Rancang Kerana Sayang

03 7621 7242 / 03 7621 7243 – Bahagian Khidmat Pelanggan

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *