Oleh Rasheffa Abdul Rashid
TANJUNG MALIM: Sebanyak 900,000 daripada 6.2 juta hak milik tanah yang didaftarkan di seluruh negara masih berdaftar atas nama pemilik yang sudah meninggal dunia kerana waris tidak menyelesaikan permohonan pusaka kecil.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Adenan Satem (gambar), berkata tindakan pewaris itu turut menjejaskan hasil kerajaan menerusi pungutan cukai tanah kerana waris tidak menjelaskan hasil kerajaan menerusi pungutan cukai tanah kerawa waris tidak menjelaskan cukai tanah pusaka.
“Tunggakan cukai tanah negara yang berjumlah kira-kira RM200 juta dipercayai berpunca daripada kelewatan waris menyelesaikan pembahagian tanah pusaka mereka.” Katanya.
Beliau berkata demikian pada perasmian Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil bagi Penghulu/Penggawa anjuran Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JPKTG) di Institut Tanah dan Ukur Negara (Instun), disini, semalam.
“Teks ucapannya dibacakan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Isahak Yeop Mohamad Shar.
Seramai 360 penggawa/penghulu dari seluruh negara menghadiri seminar dua hari itu bertujuan memberi kesedaran mengenai penyelesaian pembahagian pusaka sebaik kematian pemilik tanah kepada kariah masing-masing.
Adenan berkata, antara 18 hingga 25 peratus daripada keseluruhan hak milik yang terbabit dengan pengambilan tanah bagi sesuatu projek kerajaan juga adalah tanah pusaka.
Katanya, kesan daripada kelewatan membuat permohonan itu akan menyebabkan wang pampasan tidak dapat dibayar kepada waris, selain waris juga hilang hak merayu atas nilai wang pampasan.
“Sejak 2001, jumlah pampasan yang tidak dapat dibayar kepada hali waris di Perak saja sebanyak RM4.6 juta dan ia masih tersimpan di Amanah Raya Berhad.
“Amatlah dikesali kerana masalah penyelesaian harta pusaka in umumnya banyak berlaku dikawasan luar bandar dengan kebanyakkan membabitkan orang Melayu.
“Masalah ini timbul kerana mereka kurang arif mengenai peruntukan undang-undang dan prosedur berhubung perkara ini, selain masalah kruang faham mengenai implikasi yang mungkin timbul sekiranya urusan pusaka tidak disegerakan,” katanya.
Adenan dalam ucapannya juga berkata, peranan penghulu dan penggawa diperjelaskan dalam Akta Harta Pusaka Kecil (pembahagian) 1955 yang boleh membuat permohonan pembahagian harta pusaka bagi pihak ahli waris.
“Namun tidak ramai penghulu yang menyedari peranan mereka atau mempunyai beban tugas lain sehingga jarang menggunakan jalan penyelesaian itu,” katanya.
Beliau berkata, pelbagai pendekatan diambil kerajaan untuk memudahkan pewaris membuat permohonan yang boleh dibuat menerusi program “Sehari Bersama Pewaris” dan aplikasi E-Tanah yang akan dilaksanakan diseluruh negara pada 2009.
[pb_button src=”http://kausarwealth.nilesis.com/akhbar/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button]
0 Comments