Tahukah anda anak angkat tidak layak mewarisi harta pusaka? Ini termasuk anak angkat yang ber’bin’kan ayah angkatnya!
Harta pusaka yang boleh diwarisi oleh 3 golongan:
- Perkahwinan suami dan isteri
- Nasab, pertalian darah
- Baitulmal
Jika tiada perancangan pewarisan dibuat, nasib anak angkat yang disayangi seperti anak sendiri mungkin tidak pastik kedudukannya apabila kedua-dua ibubapa angkatnya meninggal dunia.
Penulis pernah dikongsikan pengalaman tentang nasib seorang anak angkat yang masih bawah umurm apabila kedua ibubapa angkatnya meniggal dalam kemalangan jalan raya, tiada seroang pun daripada adik-beradik arwah iatitu waris mahu menjaga anak angkat lalu diserahkan kepada rumah kebajikan masyarakat dan semua harta diagihkan mengikut hukum faraid.
Persoalannya adakah waris kejam memakan harta pusaka? Jawapannya tidak, kerana mereka mengambil hak yang diperuntukkan dalam faraid.
Adakah salah waris tanggungjawab waris untuk menjaga anak angkat arwah? Mereka tiada obligasi dan tertakluk kepada persetujuan mereka.
Dimana silapnya? Silapnya kerana tiada perancangan pewarisan dibuat oleh ibubapa angkat. Dalam perancangan faktor kelangsungan hidup, anak angkat perlu diambil kira. Siapa yang layak dan mahu meneruskan jagaan jika salah seorang atau kedua-dua ibubapa angkat meninggal dunia? Apakah kos yang perlu diperuntukkan? Kos kelangsungan hidup seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Kos pendidikan, kesihatan, riadah, kos penjagaan dan sebagainya.
Bagaimana segala perancangan diatas dinyatakan dan diperuntukkan? Ditulis? Disimpan? Dihibahkan? Diamanahkan?
#hibahbukantolakfaraid
#pusakapuaka
RANCANG KERANA SAYANG
03 7621 7242 / 03 7621 7243 – Bahagian Khidmat Pelanggan
0 Comments