Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

ANTIK BUKAN SEBARANG ANTIK

14 Jan 2019 | Blog

Satu lagi ghete(harta) yang ramai org buat tak ambil peduli. Org lama-lama suka simpan barang antik. Tak antik pon, dia akan tahu satu hari nanti barang tu akan jadi kegilaan semua orang. Contoh? Duit syiling RM1 lama, setem lama, motor honda bulat (ni mesti ramai dpt bygkn). Skrg jadi rebutan dengan harga yang tinggi. Betul ke betul?

Tak kira lah apa pon barang yg disimpan, apabila berlakunya kematian kpd si pengumpul barangan antik, secara automatik harta yang ditinggalkan tersebut menjadi pusaka. Bila jadinya pusaka, perlulah diuruskan dgn sebaik mungkin. Kalau tak diuruskan dgn cara baik, akan timbullah isu-isu dalam kalangan waris.

Asik cerita gaduh je. Bila nak baik? Macam mana nak elak? Berbalik semula kepada pemilik. Sekiranya pemilik tahu yg brg antik tu ada “masa depan” yang cerah, ataupun “masa depan” yang gelap. Pemilik perlu ambil tindakan skrg.

Kalau rasa sayang, hibah kepada waris yg dianggap boleh menjaganya sebaik mungkin. Nyatakan hasrat dan tujuan knp brg itu masih disimpan rapi. Kalau rasa taknak timbulkan pergaduhan dek berebut harta, urus elok-elok. Buat perancangan rapi. Jangan sampai dah terhantuk baru nak terngadah.

Admin cerita bukan saja-saja. Admin cerita berdasarkan pengalaman keluarga sendiri. Sejak kejadian tu, admin nekad. Apa shj yang admin kumpul, admin dah rancang kemana hala tuju brg tu. Dah siap lantik pemegang amanah siap-siap. Dah agihkan siap-siap dgn cara hibah.  Kita saling ingat-mengingati.  Beringat sebelum kena jangan nanti dah terjadi baru nak rawat.  Masa tu dah terlambat dah. 

 

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *