Dalam surah An-Nisa telah dinyatakan pecahan bahagian yang akan diterima oleh waris-waris sekiranya pemilik meninggal dunia. Salah satunya adalah bahagian ibu iaitu 1/6 daripada nilai harta yang ditinggalkan.
Walaupun ada yang dah tahu tapi masih ramai lagi umat Islam yg tak ambik endah pon tentang perkara ini. Kenapa? Sebab mungkin faktor utama waris taktahu tentang kena urus harta pusaka. Ataupun mungkin tak faham cara nak urus tu macam mana. Ataupun faktor lain mungkin waris waris sendiri ada masalah mereka. Contohnya bebanan hutang yang tinggi, tiada pekerjaan yg tetap. Jdinya tk mampu nak keluarkan kos untuk tuntutan pusaka ni. Kesudahannya jadilah penyumbang kepada peningkatan harta beku umat Islam yg kini menjangkau 66bilion.
Alaa sikit je 1/6 tu. Cuba bayangkan jika anak yg meninggal itu meninggalkan harta pusaka bernilai 2juta. Tak ke dalam 300k bahagian ibu tu? Banyak ke biasa biasa je? Kalau macam ni jumlah yg diterima, mungkin ada dlm kalangan waris gagahkan diri yntuk tuntut. Supaya hasil ini dpt dikembangkan hingga ke anak cucu. At least, dpt hantar mak pergi mengerjakan haji, bantu kos perubatan ibu dan sebagainya. Kan banyak faedah yg dpt digunakan sekiranya kita sedar tentang kepentingan urus harta pusaka.
Sebab itu lah tuntutan pengurusan harta pusaka termaktub dalam Al-Quran dan kita umat Islam perlu tahu tentang ilmu ini supaya tidak tergolong dalam penyumbang harta beku.
Rancang Segera. Jangan Biar Nasi Sudah Menjadi Bubur. Rancang Kerana Sayang.
0 Comments