Bila baca pasal harta pusaka mesti akan ada yg terdetik nak tahu cemana lah agaknya nak dapat harta pusaka yang ditinggalkan untuk waris-waris si mati kan.
Takdelah nak kata gilakan harta tapi kalau dah rezeki takkan nak tolak. Betul ke tepat sekali? Kalau macam tu. Nak tahu tak cemana caranya? Siniii admin nak share sikit.
Kita jadikan contoh harta peninggalan ibu lah kann:
1. Siapa ahli waris ibu tu? Dari yang dekat menghijab yg jauh. Tgk yg dekat. Ada suami? Ibu ayah? Anak lelaki dan anak perempuan? Barulah adik beradik dan pakcik makcik sehingga lah diyakini tiada waris lain barulah harta pusaka tersebut menjadi hak baitulmal.
2. Senarai dahulu brp byk harta yang ibu ada. Harta harta luar dan dalam negara. Segala ladang ladang, estet estet, stable stable kuda (ayat 3 Abdul) . Kumpul sekali segala dokumen berkaitan.
3. Dah senarai barulah buat boleh buat proses tuntutan di badan-badan yang terlibat.
Macam mudah bukan? Tapi sebenarnya banyak lagi benda yang perlu diuruskan sebelum harta pusaka tersebut dibahagikan kpd waris waris.
Persoalannya. Adakah waris mampu lakukan semua ini? Tepuk dada tanya selera.
Rancang kerana sayang.
0 Comments