Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Dipukul kerana harta pusaka

31 May 2018 | Akhbar - Lain Lain

Marang: Gara- gara perselisihan faham dipercayai berpunca daripada pembhagian harta, sepasang suami isteri terpaksa menanggung kesakitan apabila dipukul dua ahli keluarga mereka dalam kejadian di Kampung Baru Akir Pak Bang di sini, kelmarin.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari keteika mangsa berusia 27 tahun bersama isterinya bersama isterinya berusia 20-an serta ibu bapanya berada di rumah nenek isterinya.

Katanya, mangsa bersama keluarganya yang menetap di Kuala Lumpur dikatakan pulang ke kampung untuk urusan pembahagian harta arwah ibu mentuanya yang baru meninggal dunia.
“Sebaik tiba di rumah nenek kepada isterinya, mangsa yang baru selesai bersalaman dengan ayah mentuanya tiba-tiba diserang dari arah belakang oleh abang dan abang ipar kepada isterinya.

“Malah, isteri mangsa turut dipukul dan pasangan suami isteri itu tidak sempat mempertahankan diri kerana diserang secara mengejut.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa luka di kepala dan mata serta sakit di dada manakal isterinya pula luka di tangan kanan dan sakit di kepala.”katanya.

Sumber berkata, tidak cukup dengan itu, abang ipar mangsa mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan dengan mengugut ugutan dengan mengugut akan mencederakan mangsa di Kuala Lumpur.

Katanya, difahamkan, perselisihan faham dipercayai berpunca daripada pembahagian harta antara suspek dan pasangan suami isteri terbabit.

“Susulan kejadian itu, mangsa yang bimbang keselamatan diri dan ahli keluarganya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.” Katanya.

• Harian Metro – Setempat –

[pb_button src=”http://kausarwealth.nilesis.com/akhbar/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button]

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *