Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Golongan Pertama

30 May 2018 | Kausar Prihatin

Golongan yang pertama adalah pasangan suami Isteri yang membeli rumah secara bersama yakni dalam Perjanjian Jual Beli (SPA/SNP) terdapat kedua-dua nama. Kebiasaannya kedua-dua nama ada membuat pinjaman dan mempunyai Mortgage Reduce Terms Takaful (MRTT) dan pinjaman rumah dibayar oleh Suami. Isu akan timbul jika suami meninggal dunia. Pinjaman suami akan terlangsai kerana ada MRTT, tetapi hanya separuh rumah akan bebas dari hutang. Oleh itu isteri masih terbeban membayar separuh lagi daripada bayaran rumah untuk baki pinjaman 20-30 tahun lagi. Bahagian suami telah pun menjadi pusaka, Isu kedua apabila waris-waris faraid suami mempunyai hak milik bersama ke atas rumah tersebut. Isu ini akan bertambah rumit apabila isteri perlu melangsaikan hutang rumah tersebut. Persoalan-persoalan yang bakal timbul seperti adakah isteri akan meminta mereka membayar bersama pinjaman rumah? Atau isteri ingin menebus bahagian mereka? Mampukah isteri menebus bahagian waris yang lain pada waktu harga rumah mungkin telah melonjak tinggi dari harga pembelian asal? Atau menjual rumah untuk mendapat bahagian mereka? Ada mungkin isteri dan anak anak berupaya mendapat hartanah seumapan ini pada lokasi yang sama dan pada harga asal pembelian? Proses ini menjadi lebih sukar jika ada anak anak masih bawah umur, perintah pembahagian akan tertunda sehingga mereka mencecah umur 18tahun. Seringkali proses ini memberikan tekanan kepada waris yang ditinggalkan kerana mereka perlu membuat keputusan yang sukar.

Penyelesaian terbaik adalah hibah hartanah ‘back to back’. Suami hibah bahagian beliau kepada isteri, isteri hibah bahagian isteri kepada suami, jika salah seorang meninggal dunia, pemilikan adalah hanya kepada seorang. Atau pilihan kedua, suami isteri hibah kepada anak, jika salah seorang tiada, pemilikan adalah antara ibu/bapa dan anak sahaja.

[pb_button src=”http://bit.do/sijilfaraid” src_target=”_blank” size=”large” icon_enable=”1″ icon=”form.png” icon_position=”left”]Saya ingin ketahui waris saya[/pb_button]

[pb_button src=”https://www.kausarwealth.com/kausar-prihatin/” src_target=”_self” size=”large” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button]

0 Comments