Golongan kritikal yang ketujuh adalah golongan yang masih ada ibu dan ayah. Ibu dan ayah adalah waris yang dijamin pasti akan mendapat bahagian faraid. Masalah yang timbul adalah dari sudut keperluan dan pengurusan. Kebanyakan ibu bapa mempunyai tanah atau rumah sendiri jarang mempunyai keperluan untuk merancang hartanah mereka. Namun begitu, mereka lebih memerlukan tunai untuk keperluan harian, kesihatan dan ibadah. Oleh itu, perancangan penting untuk membahagikan harta kepada ibu bapa mengikut keperluan. Walaupun mereka tidak meminta bahagian faraid pada pusaka harta tidak alih, keadaan akan menjadi rumit jika kematian mereka menyusul sebelum proses pengurusan belum diselesaikan. Proses ini boleh menjadi lebih rumit kerana bahagian ibu bapa beralih kepada adik beradik si suami sabagai waris ibu dan ayah mereka. Keperluan merancang perlu untuk memastikan menepati keperluan dan mengelakkan faraid berlapis.
[pb_button src=”http://bit.do/sijilfaraid” src_target=”_blank” size=”large” icon_enable=”1″ icon=”form.png” icon_position=”left”]Saya ingin ketahui waris saya[/pb_button]
[pb_button src=”https://www.kausarwealth.com/kausar-prihatin/” src_target=”_self” size=”large” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button]
0 Comments