Alhamdulillah pagi semalam dapat diberi peluang untuk menyempurnakan sesi ijab dan qabul hibah hartanah untuk seorang ibu bergelar datin kepada 4 orang anak perempuannya.
Ijab dan Qabul adalah rukun yang ke-empat hibah selepas pemberi, penerima dan harta. Disaat inilah tujuan hasrat dan niat si ibu dapat lafazkan atau dizahirkan kepada anak-anak yang disayanginya. Ada anak yang dah tahu tujuan pertemuan ini, ada juga yang masih kabur tujuan semua berkumpul. Niat ibunya nak memberi hibah, tetapi apa maksud hibah dan peranannya dalam pewarisan agak sukar untuk ibunya terangkan kepada anak-anaknya kerana yang paling muda pun sudah berumur 45 tahun.
Satu persatu penerangan disampaikan kepada semua dan menariknya pelbagai soalan yang dilontarkan. Akhirnya barulah mereka faham kenapa harta arwah ayah mereka yang telah meninggal dunia 24 tahun dahulu, telah diambil oleh adik-beradik arwah (bapa saudara kepada anak-anak perempuan arwah). Dari sudut pewarisan, mereka adalah waris asabah yang mempunyai hak ke atas harta arwah. Pada waktu itu si ibu pun ada memberitahu bahawa hanya rumah ini sahaja yang diberikan kepada dia dan anak-anak, dan rumah lain termasuk kereta telah diambil oleh bapa saudara mereka. Sama ada jumlah yang diambil mengikut nisbah hak mereka tidak diketahui penulis.
Namun begitu, penulis menekankan bahawa hujum faraid adalah kaedah pembahagian untuk harta pusaka yang ditetapkan jika seseorang meninggal dunia tanpa apa-apa perancangan. Oleh kerana apa yang telah berlaku sebelum ini, si ibu telah menanam hasrat untuk merancang lebih awal dan memilik kaedah hibah untuk merancang. Oleh kerana harta beliau melebihi RM2 juta, dokumen perlantikanw asi juga disertakan sekali untuk proses perolehan kuasa (Probet) di Mahkamah Tinggi. Peruntukan dana untuk kedua-dua proses di Mahkamah Tingi dapat diperolehi dengan cepat dan tidak membebankan anak-anak beliau.
Adalah satu kepuasan apabila perkongsian ilmu pewarisan dapat dimanfaatkan oleh orang Islam apatah lagi melihat perancangan yang lebih awal dilakukan menggunakan instrumen yang relevan dan tepat setelah melalui proses perancangan yang teliiti mengikut keperluan serta mengambil kira jienis aset dan kekangan aset yang dimiliki pemilik agar mematuhi syarak dan mengharmonikan kedua-dua sistem perundangan sivil dan syariah.
#hibahbukantolakfaraid
#pusakapuaka
RANCANG KERANA SAYANG
03 7621 7242 / 03 7621 7243 – Bahagian Khidmat Pelanggan
0 Comments