Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

KELIRU NAK PAKAI INSTRUMEN PEWARISAN HARTA YANG MANA?

13 Jun 2024 | Blog

Seringkali saya ditanya apa beza diantara faraid, wasiat dan hibah. Yang mana satu nak pakai untuk merancang pewarisan?

Jom belajar.

1) Faraid
Pembahagian kepada WARIS dengan bahagian tertentu. Hanya berlaku setelah pemilik harta meninggal dunia. Contoh waris suami, ayah 1/6, Ibu 1/6, Isteri 1/8, Anak lelaki menyamai 2 bahagian anak perempuan.

2) Wasiat
Pembahagian kepada BUKAN WARIS tidak melebihi jumlah 1/3 pusaka. Pesanan semasa hidup tetapi perlaksanaan selepas kematian pemilik harta. Contoh bukan waris (seperti anak angkat, anak tiri, badan amal, masjid) tidak melebihi jumlah 1/3 dari harta pusaka setelah ditolak hutang si mati.

3) Hibah
Pemberian kepada SESIAPA tanpa had bahagian. Pemberian hak milik harta secara sukarela semasa hidup kepada orang lain secara percuma atau dengan syarat balasan. Hibah boleh kepada sesiapa sahaja, muslim atau bukan muslim, waris atau bukan waris, orang atau organisasi. Tiada had kepada jumlah pemberian kerana hibah berkuatkuasa semasa hidup dan terkeluar dari faraid.

Yang mana nak pakai?

Bergantung kepada hasrat, jenis harta dan sekatan terhadap harta yang dimiliki.

Untuk penerangan lanjut, dapatkan konsultasi percuma dari perunding pewarisan harta Islam kami melalui link di ruangan komen.

“Laksana hasrat secara tepat, agar hidup mendapat berkat”.

#kausarkongsi
#kausargroup
#teguhberjaya
#dreamteam
#kausarwealthmanagement

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *