14 September 2022 – Telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang melibatkan kerjasama antara pihak Kausar Wealth Management Sdn Bhd (KWM) dan Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), bertempat di IDEAS Hotel, Kuala Lumpur pada tarikh 14 September 2022. Kerjasama ini adalah satu tambah nilai kepada institusi di bawah program KWM iaitu Program Dana Terancang dengan 3 objektif utama:
- Membantu kelestarian institusi kebajikan dan pendidikan memberi manfaat kepada masyarakat dan ummah.
- Membantu memudahkan penyaluran infaq penyumbang dari harta dan pusaka mereka disalurkan kepada institusi melalui kaedah pewarisan.
- Membantu masyarakat memahami dan menggunakan instrumen pewarisan harta secara tepat dan holistik.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merupakan satu Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), ditubuhkan bagi membela dan memperjuangkan hak pengguna yang sering ditindas dan dizalimi. Visi mereka untuk menjadi badan peneraju utama dalam memastikan kepentingan ummah dan pengguna terbela tanpa mengira bangsa dan agama.
Semoga kerjasama ini membantu kelestarian PPIM dalam memperjuangkan hak pengguna Islam sekaligus merancakkan lagi industri pewarisan di Malaysia ini.
MoU ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif WSB, Tuan Haji Ariffin Sabirin, Pengarah Urusan KWM, Khamarul Azhar Hashim, dan Pengerusi PPIM, Dato’ Nadzim Johan. Turut disertai oleh Pengarah Projek, Norazwani Mohamad Nari, Pengarah Eksekutif KWM, Suzana Abu Bakar dan perunding-perunding Kausar.
0 Comments