15 September 2022 – Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) dan Kausar Wealth Management Sdn Bhd (KWM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Finhub Holdings Sdn Bhd bertarikh 15 September 2022, bersamaan hari Khamis, bertempat di Dewan Zaid bin Thabit, Wasiyyah Shoppe Berhad. Kerjasama ini merupakan usaha di bawah program Kausar Wealth Management Sdn Bhd iaitu Program Dana Terancang yang membawa 3 objektif utama:
- Membantu kelestarian institusi kebajikan dan pendidikan memberi manfaat kepada masyarakat dan ummah.
- Membantu memudahkan penyaluran infaq penyumbang dari harta dan pusaka mereka disalurkan kepada institusi melalui kaedah pewarisan.
- Membantu masyarakat memahami dan menggunakan instrumen pewarisan harta secara tepat dan holistik.
Finhub Holdings Sdn Bhd adalah satu agensi pinjaman gadai janji (mortgage loan) yang pertama di Malaysia membangunkan Sistem Fintech mereka sendiri, di mana ia menyepadukan semua garis panduan, kriteria, pemarkahan, dan pakej perbankan.
Semoga kerjasama ini membuka ruang kepada pembeli rumah untuk membuat pewarisan agar hartanah yang dibeli dapat diwarisi dan dimanfaatkan dari generasi ke generasi.
MoU ditandatangani Naib Presiden Eksekutif Kewangan dan Perkhidmatan Korporat WSB, Mohd Nordzat Mohd Yusop, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Finhub Holdings Sdn Bhd, Steven Lim Wei Chun, dan Pengarah Eksekutif KWM, Suzana Abu Bakar, juga disertai oleh Pengarah Urusan KWM, Khamarul Azhar Hashim.
0 Comments