Dari Kamar Syariah
Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
Mariah.zakaria@utusan.com.my
SEJAK kecil lagi, akibat kesempitan hidup serta hubungan antara ibu dan bapanya tidak baik, Lynn (bukan nama sebenar) telah diserahkan kepada keluarga angkat untuk dijaga dan dibesarkan.
Bermula daripada itulah, Lynn telah dibesarkan bersama adik-beradik angakt yang lain tanpa mengetahui siapakah ibu kandungnya.
Ini kerana selain diserahkan kepada keluarga angkat sejak kecil, Lynn turut dibintikan kepada bapa angkatnya, Zamil (bukan nama sebenar).
Selain itu, Lynn juga mempunyai seorang abang kandung yang turut diserahkan kepada keluarga angkat untuk dijaga.
Seperti juga kes Lynn, abangnya, Mizi (bukan nama sebenar) turut dibinkan kepada bapa angkat.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, kehidupan Lynn dan abangnya bahagia bersama keluarga angkat masing-masing tanpa mengetahui kedudukan sebenar.
Masalah mula timbul apabila ibu kandung Lynn, Che Puteh (bukan nama sebenar) meninggal dunia dan meninggalkan sedikit harta pusaka hasil simpanannya ketika masih hidup.
Jika diikut daripada pembahagian harta, Lynn dan abangnya lebih berhak mendapat segala harta peninggalan arwah ibu mereka memandangkan kedua-duanya merupakanw aris terdekat yang masih ada.
Tetapi lain pula jadinya apabila mereka mengetahui bahawa selama berpisah dengan suaminya (bapa kandung Lynn), Che Puteh telah berkahwin sekali lagi.
Bagaimanapun perkahwinan tersebut tidak sah dari segi agama Islam kerana ‘suami’ kedua Che Puteh bukan seorang yang beragama Islam (sehinggalah Che Puteh meninggal dunia.
Takut harta pusaka ‘jatuh’ ke tangan orang yang tidak berhak, Lynn telah memfailkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Ini kerana segala harta yang berada di luar simpanan Che Puteh telah pun diambil oleh ‘suami’ keduanya itu.
Segala-galanya terpaksa diusahakan Lynn secara sendirian dengan bantuan bapa kandungnya memandangkan Mizi kini meringkuk di dalam penjara.
Dengan segala bukti yang ada, kes tersebut telah difailkan bawah Seksyen 65(1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
Bukanlah disebabkan tamat akan harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah ibu mereka Lynn memfailkan kes tersebut tetapi Lynn berfikir ia perlu diselamatkan dariapda orang yang hanya ‘menangguk’ di air yang keruh.
Setelah kes tersebut dibicarakan dengan bukti-bukti yang kukuh dan turut mendapat sokongan daripada bapa kandung mereka, akhirnya usahawa Lynn tidak sia-sia apabila mahkamah memerintahkan segala harta peninggalan Che Puteh diberikan secara faraidh antara Lynn and abangnya, Mizi.
Ini kerana mereka adalah waris yang berhak kepada bahagian pusaka ibu yang telah meninggal dunia.
• 02-06-2014 –
[pb_button src=”http://kausarwealth.nilesis.com/akhbar/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button]
0 Comments