Saya seorang isteri yang mempunyai 3 orang anak perempuan. Sejak berumahtangga 10 tahun lepas, arwah suami selalu sebut tentang hibah. Saya selalu buat tak kisah lagipun kami masih muda sehinggalah arwah meninggal bulan lepas.
Anak anak saya masih kecil. Umur mereka 10 tahun, 8 tahun dan 6 tahun. Masih panjang perjalanan mereka.
Dan pemergian suami pastinya bukan penghujung kehidupan mereka – bisik saya didalam hati.
Seminggu lepas arwah pergi, saya hubungi perunding dari Kausar Wealth, berkenaan harta pusaka termasuk rumah kami bersama yang arwah suami hibahkan.
“Hibah ni apa?” soalan pertama saya kepada beliau.
Rupa-rupanya kita boleh hadiahkan harta kita kepada waris atau insan yang kita mahu hadiahkan. Mujurlah suami ada buat hibah melalui Kausar Wealth yang membolehkan ANAK ANAK DAPAT GUNA WANG UNTUK PENDIDIKAN tanpa perlu menunggu usia 18 tahun.
Arwah suami rupanya memang bayar ansuran hibah setiap tahun kepada Kausar Wealth untuk perlindungan keluarga yang akan ditinggalkan apabila dia meninggal.
Terdetik di hati saya yang hibah ini memang penting untuk sesebuah organisasi keluarga terutama untuk keluarga yang anaknya kecil-kecil lagi.
Perkara yang sering kita AMBIL RINGAN IAITU KEMATIAN.
“Tanpa signal, tanpa amaran, arwah suami pergi meninggalkan kami. Mujurlah ada HIBAH HARTANAH yang MENJAMIN PERLINDUNGAN HARTA selepas beliau tiada”
Ini kisah yang waris si isteri luahkan kepada kami.
#hibahbukantolakfaraid
#pusakapuaka
Rancang Kerana Sayang
0 Comments