Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

NY KickStart 24/25

10 Sep 2024 | Akhbar - Kausar

8 & 9 Sept 2024 – TAHNIAH ALUMNI KICKSTART 24/25!

Semoga segala perkongsian yang dihidangkan sepanjang program ini memberi manfaat yang banyak dalam membantu anda untuk mencapai misi “Revive, Activate, Generate!” pada tahun kewangan yang baharu ini.

Sesi yang diadakan selama dua hari ini tujuannya bukanlah sekadar untuk meningkatkan pencapaian semata-mata tetapi untuk menerapkan peranan seorang “leader” dalam diri setiap Kausarian.

Kepimpinan adalah tentang mewujudkan suasana yang saling mendokong dan memotivasikan. Yang bukan sahaja memacu kejayaan tetapi juga memberi inspirasi untuk setiap dari mereka bertindak dengan lebih agresif dan berstrategi.

Melalui modul yang interaktif termasuk permainan dalam kumpulan, kami menyuntikkan elemen keseronokan dalam mereka merancang legasi bisnes mereka sendiri.

Semoga ilmu yang telah kami curahkan akan dimanfaatkan dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Selamat berjuang, Pejuang Pewarisan!

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *