Sudah terang lagi bersuluh, umat Islam di Malaysia mengalami kerugian dari sudut ekonomi kerana harta pusaka bernilai RM66 bilion (2016) terbeku dan tidak dapat di manfaatkan.
Kesannya, harta tidak alih seperti hartanah, rumah dan bangunan TIDAK DAPAT DIWARISI dan manfaat oleh waris yang dikasihi. Kekeliruan proses pusaka menyebabkan proses pewarisan memakan masa.
Hartanah bukan seperti harta alih yang boleh dipisah dan diagih-agihkan. Pendapat yang berbeza tentang bagaimana hartanah perlu ditadbir dan diuruskan oleh waris menyebabkan lebih ramai memilih untuk melupuskan rumah atau tanah daripada duduk semeja berbincang kaedah terbaik untuk menguruskannya.
Persoalan yangmudah boleh menjadi sukar apabila TIADA KESEFAHAMAN bermula dari awal dalam kalangan waris. Siapa yang layak untuk tinggal dalam rumah tersebut? Siapa yang tanggung kos penyelenggaraan? Utiliti? Cukai? Bagaimana manfaat untukw aris yang tidak tinggal dalam rumah tersebut? Perbincangan tetnang soalan ini boleh menjadi lebih hangata apabila melihatkan pihak ketiga seperti pasangan dan anak-anak waris. Akhirnya mencetuskan perbalahan.
“Keluarga akut idak akan jadi begitu, semuanya baik belaka” detik dalam hati anda. Percayalah detik yang sama dilalui oleh mereka yang terdahulu dan sekarang telah menjadi penyumbang statistik harta beku.
Hibah Hartanah adalah solusi tepat untuk merancang pewarisan hartanah. Mudah untuk merancang pembahagian jika hasrat berbeza dari bahagian faraid. Hibah manah untuk hartanah pula untuk memudahkan perancangan pentadbiran hartanah.
“Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran” (QS, Al’Ashr:1-3).
Jangan membazirkan masa. Jangan biarkan diri dan waris dalam kerugian kerana BERLENGAH-LENGAH MERANCANG pewarisan harta. Mati itu pasti, hanya masa mati yang tiada kepastian.
#hibahbukantolakfaraid
#pusakapuaka
Rancang Kerana Sayang
03 7621 7242 / 03 7621 7243 – Bahagian Khidmat Pelanggan
0 Comments