Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

ORANG ISLAM YANG ADA HARTANAH MASIH BERCAGAR ATAU BERHUTANG WAJIB TENGOK VIDEO INI!

8 May 2017 | Blog

Jalan yang berliku corak atau bentuk menghibah harta orang Islam di Malaysia ini yang masih lagi menjadi ruang lingkup perbahasan para ulama’ yang boleh kita rumuskan bahawa banyak perkara yang perlu kepada proses ijtihadiyah dalam menentukan sama ada harta berkenaan boleh diteruskan untuk hibah atau berpegang kepada satu pandangan yang membataskan persoalan tentang hibah dalam konteks kita di Malaysia.

Kalau kita lihat isu yang berkaitan tentang soal pengurusan atau pembahagian harta pusaka di Malaysia ini begitu serius dalam soal tentang harta yang tidak dapat dibahagikan.  Sekiranya harta bercagar boleh dijadikan sebagai satu harta yang boleh dihibahkan, sedikit sebanyak masalah ataupun perkara yang berkaitan dengan hibah atau puengurusan harta pusaka yang tertunggak dapat diselesaikan.

Realiti kita dapat lihat pada hari ini bahawa harta yang dimiliki oleh orang Islam, terutamanya harta yang bernilai tinggi jarang-jarang, atau kadang-kadang sahaja dimiliki secara bayaran tunai.  Bertitik tolak dari itu, sejauh mana syarak mengharuskan hibah harta bercagar.

Dalam konteks pemilikan, Islam menentukan dua bentuk pemilikan ke atas sesuatu harta.  Pertama, pemilikan secara tidak sempurna atau Milk Al-Naqis.  Dimana pemilikan sempurna ini memberi hak dan kebebasan kepada pemiliknya untuk melakukan sebarang urusan atau tasarruf keats harta miliknya sedangkan harta dibawah milik Mil AL-Naqis atau pemilikan tidak sempurna ini, hak berkenaan adalah terbatas dan bergantung kepada syarat-syarat tertentu dalam proses pengurusan ataupun tasarruf terhadap harta berkenaan.

Berkaitan tentang harta atau barang yang boleh dihibahkan yang merupakan salah satu rukun dalam rukun hibah, pemenuhan kepada syarat ini menyebabkan sesuatu hibah itu sama ada sah ataupun tidak, boleh dilakukan ataupun tidak, batal ataupun sebaliknya.  Pertama, harta itu hendaklah halal dan suci disisi syarak.  Kedua, milik sempurna pemberi hibah.  Ketiga, harta berkenaan boleh diserah milik atau berlaku penyerahan milik atau penguasaan terhadap harta berkenaan ketika hibah dibuat.  Keempat,  wujud atau diketahui pada masa akad hibah berlangusng.  Berdasarkan kepada peraturan umum harta yang boleh dihibahkan adalah dari sebaran gbentuk mekanisma perancangan harta termasuk hibah, mestilah pada masa milik sempurna atua milik penuh pemberi hibah.  Jika harta yang dihibahkan itu bukan milik secara sempurna atau milik orang lain, maka hibah yang dilaksanakan itu adalah tidak sah.  Justeru, apakah status hibah yang dibuat terhadap harta bercagar?  Yang kebanyakkannya dimiliki orang-orang kita terutamanya yang tinggal dibandar.  Sedangkan harta berkenaan merupakan harta yang tinggi nilainya dan pembiayaan pinjaman ataun pembiayaan terhadap pemilikan harta berkenaan berlangsung sekitar 15-30 tahun.  Bilakah harta ini boleh dihibahkan?

Maksud harta bercagar:

Cagaran bermaksud harta yang dibeli, digadai atau diserah hak pada institusi kewangan atau kerajaan sebagai jaminan sebagai menjamin kepentingan peminjam atau institusi kewangan atau kerajaan yang memberi pinjaman berkenaan untuk membolehkan bayaran pinjaman dikeluarkan kepada penjual atau pemaju.  Kebiasaannya, apabila ada harta yang untuk dicagarkan, bayaran atau kadar faedah dikenakan adalah lebih rendah kerana jaminan kepada pihak yang memberi pinjaman sudahpun ada iaitu harta yang dicagarkan kepada pihak perbankan, atau institusi kewangan atau pihak-pihak yang memberi pembiayaan.

Dalam konteks harta bercagar ini terbahagi kepada dua sama ada cagaran secara gadaian atau charge yang biasanya dikenakan kepada harta hartanah atau landend property yang mempunyai hak milik atau status pemilikan adalah secara berasingan, ataupun kepada hak milik strata ataupun stratified property yang sudah mempunyai pemilikan secara berasingan.  Kedua, bentuk cagaran adalah dalam bentuk penyerahan hak atau assignment yang mana harta ini sama ada landed property, atau stratified property (harta hak milik strata) yang masih mempunyai hak milik secara berasingan.  Perbincangan adalah menyentuh kepada harta yang dicagarkan itu boleh dihihbakan atau sebaliknya.

Pandangan ulama dalam perbahasan berkaitan dengan hibah dan hibah bersyarat menunjukkan betapa berlikunya pandangan  ulama berkaitan dengan soal hibah.  Kalau kita lihat berkaitan soal hibah, dari sudut mazhab Maliki terutamanya, pandangan mereka lebih terbuka dan lebih sesuai untuk suasana sekarang kerana dalam pandangan mazhab Maliki, akad hibah merupakan akad tabaru’ yang mana persoalan tentang gharar atau ketidakpastian tidak berbangkit dalam soal akad tabaru’.  Juseru, pandangan mazhab Maliki megnatakan bahawa sesuatu harta walaupun tidak diwujudkan lagi ketika akad masih boleh dibuat hiba.

Contoh, seseorang melabur dalam sesuatu pelaburan saham, pokoknya tidak mahu dihibahkan, tetapi keuntungannya yang hendak dihibahkan yang tidak berlaku lagi semas apelaburan dilakukan dan mungkin berlaku pada masa akan datang, maka keuntungan juga boleh dihibahkan kepada penerima hibah kerana gharar tidak berlkau atau akad berkenaan dianggap akad tabaru’ bermakna tidak ada sesiap menanggung kerugian kerana tiada unsur balasan, penerima tidak akan rugi jika pelaburan tidak untung Cuma tidak mendapat apa-apa sahja. Tidak terjejas konsep akad dalam mazhab Maliki.

Dalam mazhab Shafie dan Hambali, hibah yang dilakukan terhadap harta orang lain termasuklah harta bercagar adalah terbatal.  Batalnya hibah berasaskan kepda Qiyas kepada hukum batalnya jual beli, kerana dalam mazhab Shafie, mengqiyaskan apa yang boleh dijualbeli maka harta itu boleh dihibahkan.  Kaedah umum, sebagaimana yang disebutkan tadi, kerana bersangkut paut dengan menjual harta orang, begitu jugalah menghibahkan harta orang yang mana tegahan berlaku dalam bay’ al fuduli yang tidak dibenarkan memberii atua menjual harta orang kecuali pandangan lain mengatakan dengan izini.

Manakala menurut pandangan Hanafi dan Malik, jika harta yang dihibahkan bukan dimiliki pemberi hbah, maka keadaan ini menjadi status hibah boleh terbatal bergantung kepada keizinan pemilik selepas akad.  Ke-sah-an hibah dalam keadaan ini bergantung sehinggalah mendapat kebenaran daripada pemilik harta tersebut.  Jadi dalam pandangan mazhab Hanafi dan Mailiki, membenarkan hibah harta bercagar tetapi dengan syarat mendapat keizinan daripada pembiaya atau pemberi pinjaman ataupun pemegangn cagaran.

Keadaan mana yang perlu diminta izin, selepas buat atau sebelum buat? Dalam mazhab Mailik, izin selepas buat pun tidak membatalkan, janji orang itu izinkan kerana dalam mazhab Maliki, syarat atau wilayah, kekuasaan untuk memberi harta atau hak seseorang (dalam mazhab Shafie merupakan syarat terbentuknya akad) adalah syarat terlaksananya akad.  Perkara ini dibincangkan oleh ulama’ yang mana izin berkenaan boleh diperoleh bila-bila masa selepas akad hibah dibuat.

Perkara 856 Majallah al-Ahkam al-‘Adliyyah, yang diguna pakai ketika pemerintahan kerajaan Uthmaniyah, barang yang dihibahkan mestilah terdiri daripada harta pemberi hibah tersebut, oleh itu jika seseorang menghibahkan harta orang lain tanpa izinnya, hibah ini tidak sah tetapi sekiranya selepas pemberian hibah tersebut, pemilik harta membenarkan pemberian hibah tersebut, maka hibah itumenjadi sah kearna kebenaran yang dilakukan kemudian itu sama kedudukannya dengan pewakilan yang dibuat sebelum daripada hibah itu,  sudahpun dipakai sekian lama dalam pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

Amalan Hibah Harta Bercagar di Malaysia hari ini, kebayakan harta orang kita terutamanya rumah, hartanah dan sebagainya, pembiayaannya melaui pinjaman. Berdasarkan pandangan ulama’ yang membenarkan hibah terhadap harta milik orang lain, maka sesuatu harta milik penghibah yang kuasa pemilikannya telah terhad boleh juga dihibahkan tertakluk kepada kebenaran pihak yang mempunyai kepentingan terhadap harta tersebut, hal ini berlaku umpamanya pada harga gadaian dan harta yang masih dalam pembiayaan bank atau pihak kerajaan, kebenaran dari pihak-pihak terbabit boleh diperolehi secara sulh, ibra’, daman @ takaful antara pemiutang dan penghutang harta berkenaan. dalam konteks semasa, kebenaran dari pemiutang bagi tujuan hibah dilihat tidak mendatangkan masalah kepada mereka untuk mendapatkan balik hutang tersebut kerana urusan terutamanya perumahan dilindungi oleh insurans ataupun takaful. Jadi Pihak Perbankan atau institusi kewangan tidak ada masalahpun untuk membenarkan harta dihibah cuma didalam dokumen hak milik yang dipegang oleh institusi berkenaan tidak boleh diubah. “Hibah Bukan Bererti Tukar Nama”. Walaupun seksyen 215, kanun tanah negara 1965, akta 56 memperuntukkan hal sedemikian, tetapi dari segi undang undang Islam tidak menentukan syarat untuk menjadi sahnya sesuatu hibah itu perlu kepada pertukaran nama pada dokumen hak milik. Memadai dengan bentuk bentuk hibah yang dilakukan dan memenuhi rukun dan syarat hibah terutamanya soal qabd atau penyerahan milikan atau posession terhadap harta berkenaan. Posession bukan berertinya bertukar nama, posession beerti penguasaan terhadap harta berkenaan. Jadi kalau kita lihat dari isu ini, hal harta yang dihibahkan yang menjadi pegangan kepada pihak bank tidak menjadi timbul masalah yang besar. Isu gharar juga tidak timbul kerana tidak ada dalam konteks hari ini, orang nak renovate rumah dia, nak bangunkan perumahan diatas tanah dia, tidak minta izinpun dari pihak bank walaupun rumah berkenaan dipegang oleh pihak bank dan nilai rumah juga sudah bertambah. Izin selalunya adalah dari pihak majlis perbandaran atau majlis daerah. Jika sekiranya harta yang dicagarkan itu milik bank maka perlakuan berkenaan juga perlu mendapatkan izin bank, tetapi itu tidak berlaku, tetapi soal Hibah kita berbangkit, mengapa perlu dapat izin bank sedangkan jaminannya sudah ada. Persoalan yang perlu kita bangkitkan dalam konteks pengurusan harta kita diMalaysia dalam soal perancangan harta, paling tidak kita boleh menangani serba sedikit tentang kelewatan dan penangguhan tentang pembahagian harta pusaka kerana perancangan sudah dilakukan semasa hidup semasa hidup.

Sekiranya pemilik-pemilik harta berkenaan tidak dibenarkan menghibah harta tersebut atas dasar masih lagi dalam pembiyaan, maka adalah sukar bagi mereka untuk melakukan hibah kerana tempoh pinjaman atau pembiayaan tersebut adalah cukup panjang.  Contoh, umur dah 40, baru dapat pembiayaan pinjaman bank, umur 70 atau 80 baru selesai, banyak yang tertangguhnya kerana mati pada umur 60 tahun.  Maka berebutlah rumah itu.  Sedangkan, peluang semasa hidup ada ruang untuk meranacng.  Perkara yang dibincangkan ada berlaku khilafa ulama’ dan boleh diselesaikan jika pandangan-pandangan berkenaan diharmonikan dengan suasana semasa.

Selain berpegang keapda pandangan mazhab Hanafi dan Maliki yang mengharuskan pemberian harta yang bukan dimiliki secara mutlak oleh penghibah dengan syarart mendapat keizinan pemilik harta tersebut, maka adalah wajar membenarkan hibah harta yang masih dalam cagaran berdasarkan kepada prinsip maslahah dan berdasarkan kaedah fekah ‘’sesuatu kesulitan dapat membawa kepada kemudahan’’.  Tambahan pula, urusan pembiyaan dan pinjaman hartanah terutamanya perumahan pada masa kini dilindungi insurans bertempoh gadai janji berkurangan atau Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) atau (MRTT).  Jadi yang membeli berdasarkan pembiyaan perbankan atau adanya cover insurance ini atau takaful ini sepenuhnya maka kewajaran untuk dia membuat hibah harta yang dicagarkan itu lebih tinggi peluangnya.  Ini menjadi hak pemiutang terutamanya institusi kewangan untuk mendapatkan balik hutang terjamin.

Kemudian, jika kita melihat kes-kes yang berlaku, ada beberapa kes yang diketengahkan yang pertaman Kes Awang bin Abdul Rahman lawan Samsudin Bin Awang dan Satu lagi, mahkamah tinggi terengganu menolak hibah dibuat keatas harta bercagar. (mutlak, tidak kata dengan izin atau tanpa izin). Kes ke-2 Mushidah Mustakim lawan Hassim Abdullah. (2006) panel rayuan syariah selangor telah memutuskan hibah tidak sah kerana harta masih dalam milik pihak bank sehingga bayaran selesai barulah hibah boleh dibuat.

Kes yang seterusnya adalah kes Wan Noriah binti Wan Nagah vs Dagang bin Abdullah dan tiga yang lain.  Disini kes ini tidak dilaporkan dalam jurnal.  Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu telah menolah pengesahan hibah plaintif, atas hartanah yang msih dalam pinjam pembedaharan Malaysian.  Dalam kes Yati Suraya vs Supiah binti Abu, kes yang agak baru, diputuskan oleh Mahkamah Negeri Sembilan, membenarkan hibah harta bercagar.  Dalam kes Raihanah binti Mohd Ramli vs Kamaruddin bin Mohd Noor (2008), dua JH 253, membenarkan hibah dilakukan terhadapat harta bercagar dengan syarat izin daripada pihak pembiyaan kewangan.

Adak 3 bentuk keputusan, yang pertama boleh langsung, yang kedua  boleh dengan izin dan yang ketiga terus boleh.  Keputusan syariah kini pun yang terutama kes yang terakhir membenarkan keputusan hibah yang dibuat untuk yaang masih bercagar.  Jadi kita lihat disini mahkamahp un berliku.  Oleh kerana Malaysia tiada undang-undang atau status khusus berkaitan dengan hibah walaupn draf perangkaannya telah pun siap berada di AG, atau jabatan peguam negaraa tetapi belum ditender untuk dibaca di dewan rakyat.  Oelh itu, saya mengesyorkan supaya hibah harta bercagar dibenarkan bersyarat.  Kalau tidak ada MRTA/MRTT izin pembiayan dan kalau ada MRTA/MRTT yang melindungi harta berkenaan maka keizinan boleh dikecualikan.  Kalau kita lihat akta kewangan Islam 2013, berkaitan dengan hibah takaful, begitu longgar boleh diterima.  Apakah hibah harta bercagar yang tidak emrugikan pihak atau pihak pembiaya kewangan ditolak atau tidak boleh diterima, itu persoalan yang perlu kita tanya. Dalam akta perkhidmatan kewangan hibah dalam bentuk takaful hanya perlu ada pemberi dan harta takaful, sighah ijab sahaja.  Qabul tidak ada dan penerima tidak tahu.  Begitu longgar pegangan mazhab Shafie, mengapa soal ini tidak boleh dibawa kedepan untuk dibincangkan kearah merealisasikan kehendak pemilik harta secara bercagar berkenaan.  Hibah bukan melarikan pusaka tetapi merancang pusaka.

Dr. Mohd Zamro Muda

Jabatan Syariah Fakulit Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

Seminar Hibah Bersyarat & Hibah Harta Bercagar paada 27 April 2017

Anjuran Jabatan Syariah, FPI, UKM bertempat di Bilik Senat UKM, Bangi.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *