Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

SIAPAKAH YANG TERLIBAT UNTUK PROSES PUSAKA?

6 Jan 2019 | Blog

Hujung minggu mcm ni mungkin ada family yang berkumpul untuk menyelesaikan kes kes pusaka yang tak selesai. Tapi, taktahu siapa sebenarnya yg terlibat untuk membantu menyelesaikan isu ni.

Ada 4 tempat yang boleh anda pergi untuk uruskan masalah pusaka:

1. Kalau harta pusaka yang ditinggalkan itu mempunyai aset cair shj (duit shj) bernilai rm600,000 kebawah, maka perlulah anda berurusan dengan Amanah Raya Berhad.

Atau

2. Sekiranya anda mempunyai nilai keseluruhan aset tidak melebihi rm2 juta SERTA mempunyai sekurang-kurangnya 1 hartanah (rumah/hartanah), perlu lah anda berurusan di Pejabat Pusaka Kecil yang berdekatan dgn anda.

Atau

3. Setelah mengetahui nilai keseluruhan aset yang ditinggalkan melebihi rm2 juta dan keatas, kes tuntutan pusaka akan diuruskan oleh Mahkamah Tinggi Sivil.

Dan

4. Sekiranya memerlukan pengesahan sijil faraid, mungkin dari sudut nak pastikan waris yang benar, maka perlulah berurusan dengan Mahkamah Syariah untuk dapatkan sijil faraid.

Ini baru permulaan untuk proses pengurusan pusaka. Banyak lagi yang perlu diketahui. Oleh itu, renung-renungkan dan buatlah tindakan bijak.

Mungkin anda tahu cara untuk uruskan pusaka. TETAPI, adakah waris-waris anda juga tahu untuk buat perkara yang sama nanti?

Rancang Kerana Sayang.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *