Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Umat Islam kurang tulis wasiat

14 Apr 2014 | Akhbar - Lain Lain

Oleh Jami’ah Shukri

KUALA LUMPUR: Jumlah orang Islam yang membuat wasiat masih terlalu rendah, iaitu hanya lima peratus berbanding bukan Islam berikutan kekurangan kesesuaian dan kefahaman mengenai pentingnya untuk membuat demikian.
Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Amanah Raya Berhad (ARB) Rafie Omar, berkata sehingga kini, 2,900 wasiat ditulis dan disimpan di ARB dengan 95 peratus daripadanya adalah di kalangan bukan Islam.
Sehubungan itu, pihak akan terus meningkatan penerangan dengan memberi maklumat berkaitan operasi agensi itu sebagai pemegang dan pentadbir amanah harta.
“Orang Islam perlu memahami dan diberi pendedahan yang lebih mengenai perkara itu kerana banyak hara dan tanah milik mereka masih beku keranan tidak dapat disampaikan kepada waris yang berhak menerimanya.
“Kesedaran yang rendah berkaitan perkara itu sebenarnya merugikan negara kerana aset itu tidak dapat diganda dan dipelbagaikan.
“Kita yakin jika pewaris menerima harta mereka boleh digunakan dengan lebih produktif dan sekali gus mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara,” katanya ketika memberi taklimat kepada ahli Badan Amal dan Kebajkan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), di ARB, di sini, semalam.
Seramai 25 ahli Bakti, termasuk Yang Dipertuanya, Dati Seri Endon mahmood yang juga isteri Peradan Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melawat ARB bagi mendapatkan pendendahan mengenai operaisnya sebagai pemegang dan pentadbir amanah harta.
Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansur, isteri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Serti Najib Razak merangkap Timbalan Yang Dipertua Bakti: Pengerusi ARB, Datuk Dasuki Ahmad dan Pengarah Urusannya, Izhan Yusoff.
Pada majlis itu ahli Bakti diberi taklimat selama dua jam mengenai perkhidmatan ARB, termasuk sebagai pengurusan peewarisan, penyediaan, penyimpanan dan perlaksanaan wasiat dan pentadbiran amanah.
Rafie berkata, ARB yang diperbadankan pada 1995 dengan 20 cawangan mendapati banyak perbalahan berlaku apabila ahli keluarga tidak meninggalkan sebrang wasiat dan merancang pembhagian harta selepas meninggal dunia.
Justeru, katanya, orang ramai perlu lebih sedar mengenai kepentingan wasiat dan ARB sedia mengurusakan urusan penjagaan amanah itu secara lebih teratur dan sistematik.
Sementara itu, Endon menyifatkan kunjungan ke ARB memberi peluang ahli Bakti meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan amanah dan wasiat kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Beliau berkata, isu berkaitan amanah dan wasiat adalah subjek penting dan menarik untuk diketahui.
“kami menerusi Bakti akan mengalakkan isteri wakil rakyat melawt ARB untuk memahami secara mendalam mengenai wasiat, “ katanya.

[pb_button src=”http://kausarwealth.nilesis.com/akhbar/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button]

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *