Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Wasiat mudahkan agihan harta pusaka

10 Feb 2009 | Akhbar - Lain Lain

Pewaris dapat manfaat peninggalan aset ibu bapa tanpa urusan rumit atau ke mahkamah

Oleh Azli Ayob
azliayob@bharian.com.my

KETIKA ini ada lebih sejuta kes harta pusaka orang Islam yang masih tidak dapat diselesaikan disebabkan faktor waris.
Ini menyebabkan pewaris harta berkenaan tidak dapat memanfaatkan harta peninggalan ibu atau bapa mereka.
Bagi orang Islam, pembahagian harta adalah mengikut hukum syarak iaitu berdasarkan faraid, tetapi jika waris yang layak bersepakat atau bermuafakat maka pembahagian boleh mengikut persetujuan bersama.
Bagaimanapun jika persetujuan bersama suka diperoleh, proses pembahagian harta itu akan mengambil proses yang lama dan rumit.
Bagi orang bukan Islam, pembahagian harta peninggalan adalah mengikut Akta Pembahagian 1959 yang ditentukan mengikut undang-undang sivil.
Perunding Kewangan Islam di IIFIN Planners Sdn. Bhd, Puteri Afroze Ahmed Kamil, berkata jika masyarakat sedar mengenai kepetingan penulisan wasiat, mereka akan mengambil langkah proaktif dalam soal itu dan tidak menangguhnya lagi.
Ini kerana jika si mati tidak meninggalkan surat wasiat, warisnya perlu mendapatkan surat pentadbiran yang mungkin mengambil masa yang lama kerana ia memerlukan persetujuan daripada semua waris yang ada.
“Bagaimanapun jika wasiat telah dibuat oleh si mati maka proses pentadbiran harta pusaka adalah lebih pantas kerana Geran Probet bagi tujuan tuntutan harta akan terus diberikan oleh Mahkamat Tinggi,” katanya-katanya.,
Puteri Afroze berkata, mengikut pembahagian Faraid, anak permepuan secara automatik mendapat haknya tetapi nisbahnya berlainan daripada anak lelaki.
“Ini jelas diterangkan dalam ayat 11 surah Annisa yang menerangkan bahagian anak lelaki dua kali ganda bahagian anak perempuan,” katanya.
Sebagai perancang kewangan, Puteri Afroze menasihatkan orang ramai supaya membuat perancangan menyeluruh dalam pembahagian hartanya semasa mereka masih hidup.
“Sebagai contoh, kami boleh menghitung berapa banyak perlindungan takaful yang diperlukan oleh pewaris,” katanya.
Beliau berkata, al-Quran turut mengajar umat Islam supaya menyediakan bekalan secukupnya untuk keluarga mereka apabila meninggal dunia.
Ini katanya seperti firman Allah: “Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh dipindah (dari rumahnya).
“Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang makruf terhadap diri mereka”.
Daripa ayat itu, Puteri Afroze berkata, jelaslah bahawa seroang ketua keluarga harus merancang untuk meninggalkan keurang-kurangnya perleblajaan untuk tempoh setahun selain tempat tinggal untuk isterinya.
Seorang perancang kewangan juga dapat membantu pelanggannya untuk merancang jika mereka ingin melakukan amal jariah seperti mewakafkan sebahagian dari harta mereka.
Puteri Afroze berkata, dengan adanya perancangan harta pusaka, seseorang itu juga dapat meninggalkan harta pusaka kepada bukan waris yang mungkin amat memerlukan bantuannya.
Sesetengah orang berpendapat mereka tidak perlu mewasiatkan hartanya kerana tidak mempunyai harta.
Puteri Afroze bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza dalam perkara itu.
“Walaupun mereka tidak mempunyai harta yang banyak, mereka mungkin masih ada wang KWSP dan wang simpanan atau juga hutang yang perlu dijelaskan.
“dengan adanya wasiat, seseorang itu dapat melantik wasi sama ada indvidiu atau syarikat amanah yang proaktif, berkebolehan dan amanah untuk mentadbirkan harta pusaka atau hutangnya sekiranya ada,” katanya.
Beliau berkata, caj yang dikenakan oleh perancang kewangan dalam merancang harta pusaka bergantung kepada beberapa faktor y ang ditentukan oleh perancang kewangan atau syarkat yang memberi khidmat penulisan wasiat.
Untuk membuat wasiat yangmudah dan murah, seseorang boleh mendapatkan khidmat Amanah Raya Berhad (ARB) yang mengenakan caj RM350 untuk satu wasiat, katanya.
Beliau berkata dokumen yang diperlukan sebelum penulisan wasiat adalah salinan dokumen pengenalan diri pewasiat dan waris, dokumen berkenaan harta dan hutang yang masih ada seperti pinjam bank serta polisi insurans atau takaful.
“Semua harta boleh diwasiatkan asalkan ia daripada sumber halal,” katanya.

[pb_button src=”http://kausarwealth.nilesis.com/akhbar/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button]

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *