Agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe 2015 - 2023

Wasiyyah Shoppe komited lahir usahawan profesional

24 Feb 2015 | Akhbar - Kausar

Kuala Lumpur: Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd. (Wasiyyah Shoppe), syarikat yang terbabit dalam pengurusan dan perancangan harta pusaka di Malaysia menyasarkan menambah sehingga 800 perunding baru pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrin Sabirin berkata, pihaknya komited dalam usaha melahirkan usahawan profesional di dalam industri perancangan dan pengurusan harta pusaka Islam di Malaysia.
Wasiyyah Shoppe adalah satu-satunya syarikat didalam industri perancangan harta pusaka Islam yang berorientasikan keusahawanan dan berdaftar dibawah Akta Francais.
“Sebagai sebuah syarikat Bumiputera berprestasi tinggi di dalam program Teras Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) Jabatan Perdana Menteri, Kami berbangga berjaya melahirkan perunding yang berpendapatan lima angka,” katanya.
Keistimewaan Wasiyyah Shoppe kerana modul latihannya unik dan komprehensif serta ia dibangunkan hasil pengalaman 10 tahun Wasiyyah Shoppe di dalam industri ini.
Baru-baru ini, syarikat itu memberi 19 anugerah penghargaan keapda perundingnya melalui Konvensyen Wasiyyah Shoppe 2014 di atas kecemerlangan mereka membantu umat Islam merancang harta pusaka melalui kaedah Hibah, Wasiat, Harta Sepencarian dan Amanah.
Pihaknya menawarkan peluang keusahawanan unik ini kepada sahaja individu Islam yang berminat untuk menyertai tanpa mengira latar belakang pendirikan dan pengalaman dengan melayari web wasiyyahshoppe.com.my.

[pb_button src=”http://kausarwealth.nilesis.com/akhbar/” src_target=”_self” size=”medium” icon_enable=”1″ icon=”home.png” icon_position=”left” text_color=”000000″ bg_color=”FFC515″ border_color=”000000″ border_width=”1″ text_color_hover=”ffc315″ bg_color_hover=”000000″ border_color_hover=”000000″ border_width_hover=”2″]Kembali[/pb_button][pb_builder]

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *